KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah menyarankan agar mewujudkan Kerajaan Perpaduan di Sabah, bagi menyelesaikan permasalahan politik yang berlaku di negeri berkenaan.
Beliau yang juga Presiden UMNO itu berkata cadangan pembentukan Kerajaan Perpaduan di Sabah, melibatkan semua parti yang berada dalam kerajaan di peringkat pusat.
"Untuk Sabah tentunya tidak begitu sukar untuk Kerajaan Perpaduan itu diwujudkan, tetapi soal penerimaan adalah satu aspek yang harus kita santuni terlebih dahulu," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Sembang Santai Bersama Media di sini hari ini.
Justeru, Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu meminta semua parti berlapang dada dan berfikiran terbuka dengan saranan Anwar untuk pembentukan Kerajaan Perpaduan di Sabah, demi keutamaan rakyat.
"Saya yakin rakyat Sabah tidak mahu Pilihan Raya Negeri diadakan, kerana ini bukan hanya memenatkan tetapi dalam masa sama membebankan. Demokrasi bukan hanya dari pilihan raya tetapi daripada kesepakatan antara parti-parti politik," katanya.
Semalam, Anwar dan Ahmad Zahid mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor bagi menyelesaikan kemelut politik di negeri itu.
Ditanya sama ada tindakan akan diambil terhadap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin susulan menarik sokongan terhadap Hajiji, Ahmad Zahid berkata: "Ada beberapa perincian perlu dibincangkan dan insya-Allah saya akan berjumpa dengan beliau dalam masa terdekat."
Jumaat lepas, Bung Moktar mengumumkan pendirian UMNO dan BN Sabah untuk menarik sokongan terhadap Hajiji, susulan hilang kepercayaan terhadap kedudukan beliau sebagai Ketua Menteri selain perjanjian antara BN dan Perikatan Nasional telah dilanggar.
Bagaimanapun pada Sabtu, lima wakil rakyat daripada BN menyatakan pendirian menyokong Hajiji dan merupakan antara 44 ADUN yang didakwa masih memberikan sokongan kepada beliau sebagai Ketua Menteri serta mengekalkan kerajaan negeri ketika ini.
DUN Sabah mempunyai 79 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk enam yang dilantik.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 10 2023
Ahmad Zahid berkata cadangan pembentukan Kerajaan Perpaduan di Sabah, melibatkan semua parti yang berada dalam kerajaan di peringkat pusat. - Gambar fail/BERNAMA
Saya nampak bumbung jatuh timpa kereta - Penduduk Apartment Putra Ria
Santha Kumari berkata rumahnya di tingkat 20 tidak terkesan namun cermin belakang sebuah kereta milik adiknya pecah akibat kejadian itu.
Tabung Hidupan Liar Sedunia saman Norway rancangan perlombongan dasar laut
WWF percaya keputusan berkenaan dibuat berdasarkan penilaian kesan strategik yang tidak memenuhi syarat minimum.
Pendaki wanita Nepal cipta rekod tawan Gunung Everest tiga kali dalam satu musim
Bekas wartawan foto berusia 33 tahun itu berjaya mencapai puncak ketiganya pada 5.50 pagi waktu tempatan pada Sabtu.
Manchester United juara Piala FA
Gol dijaringkan Garnacho pada minit ke-30 diikuti Kobbie Mainoo sembilan minit kemudian menafikan impian City menambah koleksi kejuaraan.
Speaker Pulau Pinang serah notis kekosongan DUN Sungai Bakap Isnin ini
Kekosongan kerusi terjadi susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada Jumaat kerana mengalami keradangan dalam perut.
Jururawat tidak sangka mangsa kemalangan sepupu sendiri
Petugas di Klinik Kesihatan Ayer Tawar itu berkata, menerusi panggilan diterima, kemalangan itu melibatkan sembilan mangsa cedera.
Liga Super: JDT belasah KL City 5-1
Keputusan itu memberi skuad Harimau Selatan tiga mata penuh untuk berada di tangga teratas carta liga dengan keseluruhan sembilan mata.
Wan Arif-Roy King tumpas kepada pilihan kedua dari Denmark
Wan Arif-Roy King ditewaskan pilihan kedua kejohanan itu menerusi permainan straight set 13-21, 19-21 dalam masa 43 minit.
Pemimpin tertinggi PBB akan hantar keputusan ICJ mengenai serangan israel kepada Majlis Keselamatan
Guterres akan menghantar notis langkah sementara yang diarahkan ICJ kepada Majlis Keselamatan untuk tindakan.
29 jemaah dirawat di tanah suci kerana pelbagai penyakit
Setakat 23 Mei 2023, daripada 12,686 jemaah haji Malaysia yang tiba di Mekah dan Madinah, 29 daripadanya dirawat di Hospital Arab Saudi, Pusat Rawatan TH Mekah dan Pusat Rawatan Madinah disebabkan pelbagai penyakit, antaranya disebabkan cuaca panas.
Jangan ada pihak berlagak suci, harap sokong RUU Antilompat Parti - Armizan
Armizan turut menafikan dakwaan bahawa Kerajaan Negeri sengaja melengahkan pembentangan RUU Antilompat Parti.
ADUN lompat parti tindakan tidak berpelembagaan - Warisan
Tindakan ADUN melompat selepas pindaan Perlembagaan Persekutuan kepada Akta Antilompat Parti dianggap tidak berpelembagaan.
Dua pemimpin UMNO Kinabatangan umum keluar parti, sokong Hajiji
Dua pemimpin UMNO bahagian Kinabatangan mengisytiharkan keluar parti dan mengumumkan akan menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat).
Lima ADUN Sabah keluar UMNO, umum sertai Gagasan Rakyat dipimpin Hajiji
Lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO bertindak keluar daripada parti dan mengumumkan menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat).
KDM umum beri sokongan penuh kepada Hajiji sebagai KM Sabah
Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) mengumumkan memberi sokongan penuh kepada kepimpinan Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri Sabah.
Beri tumpuan utama kepada perpaduan dan pembangunan rakyat - Hajiji
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menyeru semua pihak terus menjalankan tugas sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, terutamanya kepada rakyat.
Andi Suryady sokong Hajiji demi pembangunan Sabah dan rakyat
Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy memberi sokongan kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor demi pembangunan negeri dan membantu rakyat.
Status lima ADUN UMNO Sabah sokong Hajiji akan dinilai lembaga disiplin, MKT parti
Status lima ADUN UMNO Sabah yang menyokong Datuk Seri Hajiji akan dinilai lembaga disiplin parti.
Stephen Jimbangan sahkan sudah hantar surat letak jawatan sebagai Presiden Gagasan Rakyat
Stephen Jimbangan mengesahkan sudah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) bagi memberi laluan kepada kepimpinan baharu.
Hajiji bakal ketuai Parti Gagasan Rakyat Sabah
Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan bakal mengetuai sebuah parti yang dikenali sebagai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat).